Pengasas kosmetik luah rasa tidak puas hati, dakwa Ruhainies punca kerugian ratusan ribu ringgit

Pengasas produk kosmetik, Aurabella Beauty meluahkan rasa tidak puas hati apabila selebriti, Ruhainies yang seharusnya menjadi Duta Produk, secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk menarik diri daripada tanggungjawab itu.

Pengasasnya, Fatin Nabilah Salehudin, turut mendakwa syarikatnya terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit atas tindakannya itu.

“Selepas dua bulan majlis pelancaran besar-besaran itu tiba-tiba Ruhainies menarik diri daripada menjadi duta.

“Hal ini menyebabkan syarikat perlu menanggung kerugian yang sangat besar dan memakan ratusan ribu ringgit” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fatin Nabilah turut terkilan apabila usaha mereka mengadakan majlis memperkenalkan duta produk yang dibuat secara besar-besaran itu tidak memberi sebarang pulangan.

“Kami menerima feedback yang sangat positif dari pengguna produk kami, tapi bila dah jadi macam ini, stokis dan agen produk hilang keyakinan untuk menjual.

“Perkara ini sememangnya memberi tekanan emosi kepada kami kerana ini adalah produk sulung kami selepas 10 tahun kami hanya menyediakan khidmat pemasaran syarikat lain,” ujarnya.

Tambahnya lagi, mereka hanya mahu Ruhainies bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas.

Dalam pada itu, pihaknya turut menuntut Ruhainies untuk membayar kos kerugian yang dialami syarikat terbabit dan permohonan maaf secara terbuka.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat