Pengecualian SST buah import tertentu bukti Kerajaan dengar keluhan rakyat – Fahmi

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menilai semula peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan mengecualikan buah-buahan import tertentu daripada cukai tersebut adalah bukti bahawa kerajaan mendengar luahan hati serta keluh kesah rakyat mengenai kos sara hidup.

Perkara itu disampaikan oleh, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang berkata pengumuman menerusi kementerian kewangan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk mengecualikan epal dan oren import daripada peluasan skop SST.

Kata beliau, kerajaan begitu sedar bahawa ramai dalam kalangan golongan miskin dan kumpulan berpendapatan B40 membeli buah-buahan import ini kerana ia mampu milik.

Kementerian Kewangan sebelum ini berkata peluasan skop SST mulai 1 Julai, termasuk kadar 5 peratus ke atas buah-buahan import, disasarkan secara strategik untuk menggalakkan permintaan pertanian tempatan dan memperkukuh kesel makanan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat