KUALA LUMPUR: Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus menunjukkan perkembangan positif apabila nilai jualan mencecah RM117.1 juta pada hari keempat pelaksanaannya, melibatkan seramai 1.8 juta penerima pada 3 September.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding RM76.8 juta daripada 1.1 juta penerima yang direkodkan sehari sebelumnya.
Selain itu, kadar transaksi berjaya turut melonjak kepada 99.7 peratus, berbanding 95 peratus pada 2 September.
“Usaha penambahbaikan serta peluasan kapasiti pemprosesan sistem sejak tiga hari lalu telah membantu memastikan kelancaran dan kestabilan pelaksanaan SARA,” jelas kenyataan itu.
Secara keseluruhan, sejak dilaksanakan pada 31 Ogos lalu, lebih 4.8 juta rakyat telah menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan keperluan asas. Jumlah perbelanjaan setakat ini mencecah RM312.6 juta di seluruh negara.
Baca juga: