Peniaga gerai tepi jalan maut dirempuh kereta

Seorang peniaga belut meninggal dunia selepas gerainya di Kampung Padang Licin, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Kelantan akibat dirempuh sebuah kereta, pada Isnin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu membabitkan mangsa, Mohd. Arif Said, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

Menurut Pegawai Operasi, PBK II Suhaimi bin Razali, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Myvi dan Perodua Viva.

“Tiga orang mangsa dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Seorang lelaki dewasa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala seorang lagi lelaki dewasa tidak mengalami kecederaan dan seorang wanita dewasa yang tercedera telah dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Kelantan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan melibatkan kemalangan jalan raya pukul 5.06 petang.

Seramai enam orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah jentera Fire Rescue Teder (FRT).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat