Peniaga guna pita pelekat ganti dawai kokot pada bekas tepung pelita

Seorang peniaga bazar Ramadan menggunakan pita pelekat bagi menggatikan dawai kokot atau lidi pada bekas kuih tepung pelita sekali gus memastkan lipatan daun pisang kuih tradisonal tidak terbuka.

Kata Muhammad Syukri Aiman, 24, kaedah itu secara tidak langsung selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak menggunakan dawai kokot atau bahan seumpama berbahaya bagi pengendalian makanan.

“Selepas ada garis panduan baharu daripada KKM tentang larangan dawai kokot, saya gantikan dengan mengunakan pita pelakat untuk balut tepung pelita.

“Buat masa sekarang, masih boleh ikut arahan daripada pihak berkuasa untuk pengendalian makanan, apa-apa pun kita akan cuba untuk memastikan kepentingan dan keselamatan pembeli tetap menjadi keutamaan,” katanya kepada Malaysia Bangkit.

Penggunaan pita pelekat pada bekas kuih tepung pelita sebagai alternatif menggantikan dawai kokot.

Berdasarkan tinjauan di bazar Ramadan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu mendapati rata-rata peniaga cakna dengan peraturan yang dikeluarkan oleh KKM itu.

Kebanyakan mereka mengunakan alternatif lebih selamat seperti getah dan pita pelekat untuk membungkus bekas makanan.

Sekiraya terdapat peniaga yang melanggar arahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat