Peningkatan kes kemalangan, penurunan kematian direkodkan pada 2 Mei 2025

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,885 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada 2 Mei 2025 (Jumaat), melibatkan 11 kematian.

Statistik harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 487 kes kemalangan berbanding hari sebelumnya. 

Namun begitu, jumlah kematian akibat kemalangan menunjukkan penurunan, dengan lapan kematian kurang dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

JSPT dalam kenyataan media turut menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa memandu.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan,” menurut kenyataan tersebut, sambil menekankan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pihak.

Kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan JSPT turut menekankan tiga elemen utama iaitu memperkasakan penguatkuasaan, memperkasakan siasatan serta meningkatkan integriti dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Maklumat lanjut dan perkembangan semasa boleh diikuti melalui platform rasmi JSPT di media sosial.

#jsptpdrm #SelamatBersamaJSPT #MemperkasakanPenguatkuasaan #MemperkasakanSiasatan
#MeningkatkanIntegriti

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat