Penjawat awam berkelakuan tidak senonoh ditahan Polis

PETALING JAYA: Seorang penjawat awam (pegawai perubatan) ditahan polis kerana berkelakuan tidak senonoh di sebuah hospital di Georgetown, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohamad berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 26 Februari lalu, kira-kira jam 9.30 malam.

“Suspek yang bekerja di hospital berkenaan ditahan bersangkut satu kes berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, pihak polis telah memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari bermula hari ini hingga 2 Mac untuk siasatan lanjut.

Anda Mungkin Berminat