Penjawat Awam Boleh Mohon BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel bagi penjawat awam yang terkesan dengan kesesakan trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), langkah itu selaras dengan usaha Kerajaan MADANI memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam.

“Ketua jabatan diberi kuasa mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat dan terkesan dengan kesesakan aliran trafik,” jelas kenyataan JPA pada Isnin.

Dasar ini diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2, yang menekankan keseimbangan antara keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai.

JPA menjelaskan bahawa langkah ini juga mencerminkan nilai teras MADANI seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan.

“Pelaksanaan dasar ini perlu berpandukan tatacara serta syarat yang telah ditetapkan dalam peraturan sedia ada,” tambah kenyataan itu.

Penjawat awam yang layak digalakkan untuk berhubung dengan ketua jabatan masing-masing bagi pertimbangan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat