Oleh: Hanim Nadia
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam mempertingkatkan prestasi masing-masing selaras dengan kenaikkan gaji pada bulan ini.
Beliau berkata, gesaan itu bagi mencerminkan harapan masyarakat yang mahukan prestasi perkhidmatan awam ditingkatkan.
“Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula bulan ini, seperti yang dijanjikan. Tahniah kepada mereka yang menerima kenaikan gaji.
“Namun, seperti yang saya tekankan, kita setuju dengan SSPA kerana kita mengiktiraf dan menganggap ia wajar diberikan.
“Saya hanya mengharapkan semua penjawat awam memastikan prestasi masing-masing jauh lebih baik kerana rakyat megnharapkan sesuatu yang lebih baik,” katanya ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI pada Isnin.
Sebelum ini, seramai 85 peratus penjawat awam dilaporkan sudah menandatangani opsyen SSPA, empat hari sebelum ia berakhir pada Jumaat lalu.
Pelaksanaan SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024 menyaksikan kumpulan pelaksana menikmati pelarasan gaji tertinggi sehingga 42.7 peratus manakala tujuh peratus bagi kumpulan pengurusan tertinggi.
Baca juga: