Penubuhan semua Muafakat Nasional, Kerajaan Madani kekal utuh – PM Anwar

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan masih kekal utuh dan tidak akan terjejas dek kerana terdapat usaha Muafakat Nasional (MN) akan dihidupkan semula.

Anwar Ibrahim berkata, pihaknya tidak mendapat maklumat yang sepenuhnya mengenai kesahihan penubuhan Muafakat Nasional.

“Itu belum… serius dan saya belum dapat maklumat lagi, itu keputusan masing-masing, tapi yang penting, kerajaan sekarang iaitu Kerajaan Perpaduan masih utuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media seusai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, Petaling Jaya pada Jumaat.

Perdana Menteri menegaskan, disebalik pergolakan yang berlaku di pihak pembangkang, Kerajaan Madani kini memberi perhatian buat pertumbuhan ekonomi, membela nasib rakyat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Jadi soal idaman dan igauan, mengenai bercerai berai, itu bukanlah masalah saya,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Madani tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan pergolakan yang berlaku dalam kalangan blok pembangkang kerana perkara tersebut bukan tanggungjawab kerajaan.

“Itu adalah masalah mereka dan kami tidak campur tangan. Isu perpecahan sesama mereka bukan masalah Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya meminta ahli serta penyokong UMNO untuk menghidupkan semula semangat Muafakat Nasional (MN) demi asas perpaduan ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Kata beliau, kerjasama antara PAS dan UMNO penting bagi menjamin kestabilan politik negara khussunya di peringkat akar umbi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat