Seoorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat mengalami cedera parah membabitkan kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 2 Jalan Endau Mersing, Johor pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Abdul Razak berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia membuat pusingan U dan dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Honda Vario yang datang dari arah sama.
“Penunggang motosikal merupakan seorang warga tempatan berumur 43 tahun manakala pemandu kereta adalah seorang lelaki berumur 20 tahun.
“Berikutan kejadian, penunggang motor disahkan meninggal dunia ekoran cedera parah di bahagian dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, pemandu kereta tersebut hanya cedera ringan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis turut menasihatkan agar semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
Baca juga: