Seorang lelaki maut dalam kemalangan dua buah motosikal dan sebuah kereta pacuan empat roda pada pukul 7.41 pagi di Lorong Wesslesly, Taman Wesslesly, Sungai Bakap, Pulau Pinang pada Selasa.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Mohd Awis Kharni Ab Rahman berkata, mangsa yang meninggal dunia berusia 57 tahun itu merupakan penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat dalam operasi tersebut.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya dan pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di kawasan berkenaan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan bahawa mangsa dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah sebelum dirempuh kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang warga asing lelaki.

Operasi tersebut melibatkan lapan orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bersama jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.
Baca juga: