Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Seorang penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan dan dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 18, Jalan Yong Peng-Kluang Johor pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, kemalangan berlaku pada sekitar pukul 5 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Y100 hilang kawalan dan masuk ke laluan sebuah lori muatan buah sawit.

“Mangsa warganegara Indonesia, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Walaubagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bahrin menjelaskan, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat