Oleh: Fayyadh Jaafar
ULASAN | Makin rancak pula gendang “penyatuan Melayu-Islam” ni dipalu. Sana sini orang duk sembang pasal kita kena bersatu, jangan berpecah, bla bla bla.
Siapa saja tak nak tengok orang kita bersatu, kan? Tapi bila aku duduk diam-diam dan fikir balik, ada banyak benda yang tak kena. Ada lompong besar dalam naratif ni yang kita jarang nak confront. Jadi, tanpa nak menuduh sesiapa, aku cuma nak ajak korang ponder lima soalan ini. Cuba jawab dengan jujur dalam hati.
1. Penyatuan ni sebenarnya untuk menyelamatkan ‘Ummah’ atau menyelamatkan ‘Elit’ politik?
Soalan pertama aku ni asas gila. Bila pemimpin politik jerit “Kita perlu bersatu!”, definition “kita” tu siapa sebenarnya? Adakah penyatuan ni bermaksud Pak Mat penoreh di Baling akan dapat taraf hidup yang sama dengan Tan Sri yang duduk Damansara? Atau adakah “penyatuan” ni cuma alat survival untuk segelintir ahli politik yang dah hilang kuasa, dan tiba-tiba guna kad agama/bangsa untuk kekal relevan?
Sebab kalau betul ni demi rakyat, kenapa masa korang ada kuasa mutlak dulu, jurang ekonomi antara Melayu kayangan dengan Melayu marhaen makin melebar? Kita bersatu untuk angkat martabat bangsa, atau bersatu untuk pastikan kroni tak hilang projek?Just asking.
2. Adakah kita sanggup kompromi soal integriti dan rasuah semata-mata demi ‘wajah’ yang sama?
Ini soalan yang paling susah nak telan. Katakanlah kita capai penyatuan tu. Semua parti Melayu bergabung bawah satu bumbung besar. Persoalannya: Adakah kita, atas nama perpaduan, sanggup pejam mata pada salah laku moral dan jenayah rasuah? Adakah syarat sah pemimpin tu cuma perlu Melayu & Islam, tak kisah kalau dia sakau duit tabung haji atau dana negara?
Kalau kita sanggup bersatu dengan perompak asalkan dia orang kita, apa beza kita dengan kaum lain yang kita selalu tuduh rasis tu? Adakah nilai “Islam” tu cuma pada nama, tapi bukan pada nilai amanah dan tanggungjawab? Is corruption suddenly halal if it’s done by “us”?

3. Adakah naratif penyatuan ini memerlukan “musuh” untuk ia berfungsi?
Perasan tak, selalunya seruan penyatuan ni datang pakej sekali dengan momokan ancaman luar. Kalau kita tak bersatu, kaum sekian-sekian akan pijak kepala kita. “Soalan aku: Boleh tak konsep penyatuan Melayu ni wujud secara organik tanpa perlu menanam kebencian pada kaum lain? Sejauh mana rapuhnya jati diri kita sampai kita perlukan ‘fear mongering’ untuk rasa bersatu?
Kalau esok lusa semua kaum lain dalam Malaysia ni tiba-tiba hilang, adakah kita akan terus hidup aman damai bersatu-padu, atau kita akan mula cari “musuh” baru dalam kalangan sesama Melayu pulak (ikut negeri ke, ikut mazhab ke)? Is our unity based on love for each other, or hatred for others?
4. Apa jaminan “ekonomi perut” rakyat akan terbela lepas bersatu?
Kita selalu dengar retorik Kuasa Politik Melayu. Kononnya bila Melayu pegang semua tampuk kuasa, automatik nasib Melayu terbela. Tapi cuba tengok realiti. Kita dah pernah ada kerajaan yang majoriti mutlaknya Melayu-Islam. Soalannya, masa tu, adakah harga barang turun? Adakah peluang pekerjaan untuk graduan Melayu melambak? Adakah biasiswa diagih adil pada B40 tanpa kabel?
Kalau dulu pun tak jadi, apa pelan konkrit kali ni selain sekadar slogan? Macam mana penyatuan parti politik boleh selesaikan masalah harga ayam atau nilai Ringgit? Atau ini cuma wayang untuk alih perhatian kita daripada perut yang lapar kepada emosi yang terbakar?

5. Kalau kita berpecah sebab prinsip, adakah itu lebih hina daripada bersatu dalam kerosakan?
Orang selalu cakap perpecahan tu lemah. Tapi aku nak tanya dari angle lain sikit. Kalau satu kumpulan tu berpecah sebab sebahagiannya nak pertahankan kebenaran dan menolak kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin mereka, adakah itu satu tragedi atau satu kemuliaan?
Adakah kita diwajibkan bersatu secara membuta tuli walaupun bahtera tu sedang menuju ke gaung?Bukan ke dalam sejarah Islam sendiri, perbezaan pendapat dan penolakan kepada pemimpin zalim tu sebahagian daripada perjuangan? Kenapa bila masuk bab politik Malaysia, “berbeza pendapat” dianggap pengkhianatan, manakala mengikut membuta tuli dianggap kesetiaan?
Aku tak ada jawapan mutlak untuk semua ni. Dan aku bukan anti-perpaduan. Siapa je tak suka tengok orang kita strong. Cuma aku rasa kita kena berhenti telan bulat-bulat apa yang ahli politik suapkan.
“Unity” is a powerful drug. Ia boleh menyembuhkan, tapi ia juga boleh memabukkan sampai kita lupa beza antara permata dengan kaca. Sebelum kita bising suruh semua orang duduk semeja, check dulu meja tu kaki dia reput ke tak dan siapa sebenarnya yang akan kenyang makan lauk atas meja tu nanti.
***Penulis ialah ahli parti MUDA dan sentiasa melontarkan pandangan mengenai isu semasa di media sosial








