Barisan penyokong Inter Miami FC tidak puas hati apabila bintang bola sepak terkenal dunia, Lionel Messi tidak muncul saat perlawanan persahabatan dengan Hong Kong League XI di Stadium Hong Kong pada Ahad.
Difahamkan, Messi tidak dapat beraksi dalam perlawanan tersebut kerana mengalami kecederaan hamstring (otot).
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan lebih 40,000 penonton berasa hampa dan tidak berpuas hati dengan perkara itu lebih-lebih lagi apabila melihat Messi duduk di kerusi pemain simpanan.
Kata Jawatankuasa Acara Sukan Utama (MSEC) Hong Kong, berkata, penyokong yang hadir berasa kecewa apabila bayaran tiket sudah dikenakan, namun kelibat Messi di atas padang tidak kelihatan.
“Kami (MSEC) telah memberikan AS$1.5 juta (RM7,130,700) untuk acara itu bersama dengan geran bernilai AS$127,829 (RM607,673.50) untuk tempat itu,” katanya.
“Seramai 38,323 orang yang hadir di Stadium Hong Kong masing-masing telah membayar lebih daripada AS$127.83 (RM607.68) untuk tiket namun Messi tidak tampil,” katanya.
Memasuki babak kedua perlawanan, penyokong mula bersorak dan menjerit nama Messi dengan harapan pemain itu dapat beraksi.
Tidak hanya Messi, malah saat pemilik kelab terbabit, David Beckham ingin menyampaikan ucapan juga tidak mendapat sambutan baik daripada penyokong.
Sementara itu, penganjur perlawanan, Tatler Asia mungkin menghadapi pengurangan pembiayaan untuk perlawanan tersebut.
“Mengenai Messi tidak bermain dalam perlawanan hari ini, kerajaan serta semua peminat bola sepak sangat kecewa denfan pengaturan penganjur.
“Penganjur perlu memberikan penjelasan kepada semua peminat bola sepak yang hadir,” kata Jawatankuasa Acara Sukan Utama (MSEC) kerajaan Hong Kong.
MSEC juga akan mengambil tindakan susulan dengan penganjur mengikut terma dan syarat, termasuk mengurangkan jumlah pembiayaan akibat Messi tidak bermain dalam perlawanan.
Memberi reaksi kepada perkara itu, penganjur, Tatler Asia berkata, mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai ketiadaan penyertaan Messi sebelum memulakan perlawanan.
“Messi dianggap tidak layak untuk bermain oleh jabatan perubatan pasukan mereka hingga membawa kekecewaan kepada semua orang termasuk kami,” katanya.
Pengurus Inter Miami FC, Gerardo Martino turut membalas kepada isu itu dengan memohon maaf atas keputusan itu namun ia adalah yang terbaik buat pemain itu mengikut kakitangan perubatan kelab bola sepak itu.
Baca juga: