Perangi Islamofobia, Angkat Dialog Antara Agama – Fokus Anwar di ASEAN MADANI

PUTRAJAYA : Cabaran Islamofobia, kerencaman budaya masyarakat majmuk serta ketempangan nilai dalam kepimpinan serantau menjadi antara perkara utama yang disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Simposium ASEAN MADANI Leadership Programme di sini.

Menurut beliau, usaha memperkukuh nilai, etika dan prinsip rahmah dalam kepemimpinan ASEAN perlu diterjemah dengan tindakan nyata yang menyentuh kehidupan rakyat, bukan sekadar wacana falsafah semata-mata.

“Kita perlu memperkasa pengusaha warung kecil, memperkukuh dialog antara agama dan menentang kerakusan sistemik yang melemahkan sahsiah bangsa serta negara,” tegas Anwar.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa pembangunan serantau mesti berasaskan keseimbangan nilai dan akhlak dengan semangat ummatan wasatan dan prinsip islah mastata’tum yang menjadi teras gagasan MADANI.

Beliau juga memaklumkan akan berangkat ke Jakarta  untuk bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bagi membincangkan hala tuju kerjasama ASEAN ke arah menjadi blok serantau yang lebih mendengar, memahami dan berjiwa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat