Perkenal 4 pemain baharu, syukur Kedah FC kini sudah boleh ‘bernafas’

Satu perjumpaan antara pasukan Liga Super Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan pihak pengurusan diadakan pada Isnin di Hub Latihan, Prestasi Sukan dan Perubatan Sang Kenari di Stadium Sultan Abdul Halim bagi sesi latihan pra-musim.

Dalam satu kenyataan, program tersebut turut dijadikan sebagai medan untuk pihak pengurusan menjelaskan kepada pemain tentang status kewangan dan pentadbiran terkini.

“Pemain turut mendapat pencerahan, nasihat atau makluman segera berkenaan perkembangan terkini kelab dari segi pengurusan pasukan,” katanya.

Selain itu, pemilik majoriti KDA, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar turut hadir ke sesi latihan tersebut.

Pertemuan itu juga bagai memberi wajah baharu kepada Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang positif mendengar penjelasan pihak pengurusan dalam meneruskan saingan Liga Malaysia musim baru itu.

Selain itu, turut diperkenalkan Penyelaras Pasukan baharu, Ahmad Fauzi Saari serta empat pemain baharu iaitu Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin dalam Kedah FC.

Turut hadir pemilik KDA FC, Shahrul Samsudin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC dan barisan kejurulatihan termasuk pegawai pasukan Liga Super KDA FC.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat