Perkukuh keselamatan makanan negara, KPUB menterai MoU dengan 4 syarikat tempatan

Koperasi Peneraju Usahawan Berhad (KPUB) menandatangani empat memorandum persefahaman (Mou) dengan empat syarikat bagi memperkukuhkan keselamatan makanan dan tahap sosioekonomi negara di ibu kota pada Selasa.

MoU dibuat dengan empat syarikat tempatan daripada bidang agrikultur pertanian, tenusu, teknologi maklumat dan konsultansi keusahawanan.

Menurut pengerusi KPUB, Muhammaf Taqiuddin, kerjasama dengan empat rakan strategik itu merupakan langkah proaktif terhadap bidang keselamtan pemakanan.

“Perjanjian memorandum persefahaman ini, dijangka dapat membimbing masyarakat sebagai usahawan pelapis dalan bidang makanan.

“Negara kita perlukan peningkatan bekalan makanan dengan kaedah yang lebih baik dan jika ini dapat dicapai, kebergantungan kita terhadap bekalan dari negara lain dapat dikurangkan”, jelasnya ketika ditemui Malaysia Bangkit dalam sidang media.

Antara syarikat yang terlibat ialah Circafeed Sdn Bhd, GMS Food Impex Sdn Bhd, Rich & Unique Sdn Bhd dan Genius Training Academy Plt.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah selaku penaung KPUB turut hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung KPUB kali ke-4 sekali gus menyeru agar jumlah keahlian koperasi itu dapat ditingkatkan.

“Sasaran kita, menjelang 2024, daripada 50 ahli kita lonjakkan kepada 1000 ahli supaya semua masyarakat senang dan bantu sesama sendiri dari sudut ekonomi.

“Usahawan yang nak menternak, ternaklah, yang nak bersawah, bersawahlah, asalkan kita semua di bawah satu naungan dan matlamat untuk perbanyakan lagi usahawan menerusi KPUB”, katanya.

Tambah Mohd Sani, usaha tersebut selari dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ‘merakyatkan ekonomi’ sebagai salah satu agenda utama KPUB yang diasaskan sejak 2009.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat