Perlawanan Malaysia, Cape Verde Berakhir 1-1

CHERAS: Perlawanan persahabatan Tier 1 antara Malaysia dan Cape Verde berakhir dengan keputusan 1-1.

Malaysia menunjukkan permainan yang kemas dan berdisiplin terutama pada separuh masa kedua, di mana mereka berjaya mengawal permainan dengan baik.

Gol awal oleh Sindy Cabral pada minit ke-9 memberi kelebihan kepada Cape Verde tetapi Paulo Josue menyamakan kedudukan pada minit ke-79 setelah dimasukkan sebagai pemain gantian yang memperlihatkan ketajaman bahagian serangan Malaysia.

Selain itu, perlawanan ini menyaksikan debut sulung Gabriel Palmero sebagai pemain warisan terbaru Malaysia.

Jurulatih, Peter Cklamovski turut bereksperimen dengan formasi dan posisi pemain termasuk memulakan separuh masa pertama tanpa penyerang utama.

Malaysia berjaya mengawal hampir keseluruhan permainan pada separuh masa kedua dan menjadikan pasukan ke-72 dunia itu sukar untuk membina serangan.

Namun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan terutama dalam penyudah di kawasan ‘third quarter’ pasukan lawan, di mana Malaysia perlu lebih klinikal dalam penyudah mereka.

Tahniah kepada skuad Malaysia atas persembahan yang mantap! Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlawanan ini di ESPN atau Sofascore.

Anda Mungkin Berminat