PELAKSANAAN peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula semalam menerima reaksi positif dalam kalangan warganet, khususnya apabila rakyat mula memahami keanjalan sistem percukaian itu dalam melindungi barangan keperluan asas daripada dikenakan cukai.
Tinjauan Malaysia Bangkit di laman sosial X mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa bersetuju dengan langkah kerajaan, asalkan barangan asas terus dikecualikan cukai dan penguatkuasaan dilakukan secara berkesan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan.
Seorang pengguna X, Taufiq Iskandar menyifatkan SST sebagai sistem yang lebih fleksibel dan mesra rakyat kerana ia memberi ruang kepada kerajaan untuk menetapkan pengecualian cukai terhadap barangan asas, sekali gus mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.
“SST lebih fleksibel bantu rakyat. Barang asas boleh dikecualikan cukai, jadi B40 kurang terbeban. Ia juga beri ruang kerajaan pilih cukai ikut keperluan semasa ekonomi. Alhamdulillah,” katanya.
Pandangan sama dikongsi pengguna lain, Dato Meletop, yang mempertahankan pendekatan kerajaan dalam memperluas SST secara berhati-hati demi kepentingan rakyat.
“Kerajaan Madani dah buat yang terbaik untuk rakyat. Pastinya kerajaan tak akan menyusahkan rakyat. Tapi kalau puak pembangkang, biasalah. Yang banyak kerajaan bantu, depa senyap. Asal ada peluang nak burukkan kerajaan, depa besar-besarkan walaupun tanpa fakta,” katanya.
Sementara itu, pengguna X, Ikhwan Razak berpandangan pelaksanaan cukai seperti SST sememangnya tidak dapat dielakkan, namun menekankan kepentingan aspek penguatkuasaan dan pemantauan harga di peringkat peniaga.
“Cukai tetap cukai. Apa yang penting, penguatkuasaan kena lebih tegas, kerap turun padang. Dan bantuan kepada rakyat juga perlu ditambah,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Izzat pula menyambut baik usaha kerajaan memperbaharui sistem percukaian negara, asalkan hasilnya memberi manfaat yang lebih meluas kepada masyarakat.
“Kita reform sistem percukaian yang baharu, tetapi jangan ulang ketidakadilan pada sistem lama. Yang penting ia lebih bermanfaat kepada semua masyarakat,” katanya.
Pelaksanaan peluasan SST diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2024 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 2025.
Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi mengukuhkan kedudukan fiskal negara tanpa membebankan rakyat secara menyeluruh, terutamanya golongan B40.
Namun begitu, terdapat juga kebimbangan yang disuarakan rakyat berhubung potensi kenaikan harga oleh peniaga tidak bertanggungjawab yang mungkin menggunakan SST sebagai alasan. Ada yang mempersoalkan sama ada penguatkuasaan cukup tegas dilaksanakan di lapangan.
“Cukai tetap cukai… yang penting penguatkuasaan kena lebih tegas, dan bantuan kepada rakyat perlu ditambah. Lebih elok kerajaan lebih telus menjelaskan ke mana hasil kutipan SST akan disalurkan agar tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat.” Tulis Abdullah Razak, juga di X.
Pelaksanaan peluasan SST diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2024 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 2025.
Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi mengukuhkan kedudukan fiskal negara tanpa membebankan rakyat secara menyeluruh, terutamanya golongan B40.
Baca juga: