Oleh: Aliyaa Azmi
PETALING JAYA: Bila tarikh 12 Januari 2026 semakin hampir, ibu bapa mula sibuk membeli keperluan sekolah untuk anak-anak. Dari alat tulis hingga baju seragam, setiap keluarga mahu memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lengkap dan selesa.
Untuk meringankan beban, ramai ibu bapa kini memanfaatkan MySara dan MyKasih. Menurut perkongsian di aplikasi Thread, @izatiabdrahman bertanya kepada netizen bagaimana cara menggunakan kedua-dua kemudahan ini untuk membeli keperluan sekolah.
Seorang pengguna, @hana.ahmd, berkongsi bahawa barangan boleh dibeli di Mydin dan boleh diimbas menggunakan aplikasi MyKasih.
“Boleh imbas menggunakan apps mykasih sebab bukan semua barang boleh dibeli. Saya dah beli barang sekolah anak-anak termasuk lah alat tulis dan kasut. Cukup untuk seorang anak yang baru nak masuk darjah 1.
Dia juga turut mengigatkan agar para ibu bapa untuk memanfaatkan mysara untuk anak-anak sebelum berakhirnya tahun 2025.
Video perkongsian Mydin pula menyenaraikan barangan yang dibenarkan, termasuk alat tulis, kasut, baju sekolah rendah, tudung, dan anak tudung.
Perkongsian lain oleh @fadzlinsan menekankan bahawa MySara memang boleh digunakan untuk membeli keperluan sekolah, sementara ramai netizen lain menyuarakan harapan agar program ini diteruskan kerana sangat membantu keluarga dalam situasi kritikal.
Seorang pengguna, @iamshila, terkejut tetapi bersyukur apabila mengetahui bahawa baju sekolah juga termasuk dalam manfaat MySara. Dia menyifatkan bantuan ini sangat meringankan beban ibu bapa, terutamanya ketika kos hidup semakin meningkat.
“Semalam saya pergi beli barang sekolah anak. Saja lah nak cuba guna ic. Sekali imbas boleh bayar guna mysara. Alhamdulillah.” Tulisnya.
Program seperti MySara dan MyKasih membuktikan bahawa sokongan kerajaan dan badan kebajikan bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga memastikan anak-anak dapat memulakan tahun persekolahan dengan penuh persediaan dan keyakinan.
Baca juga:








