‘Pertama kali datang Johor Bahru’, warga emas 74 tahun ditahan memandu lawan arus

Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor telah membuat tangkapan ke atas pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus di Kilometer 13.1J Lebuhraya Linkedua, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia 74 tahun yang tinggal di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah, Johor.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Segamat memandu secara melawan arus akibat tidak tahu selok-belok di Johor Bahru dan baru pertama kali sampai ke sana.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 60 saat di media yang memaparkan lelaki berkenaan memandu dengan melawan arus melalui arah bertentangan pada Ahad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat