Peruntukan PHEKS meningkat kepada RM5.8 juta demi kukuhkan pengurusan

Kementerian Sumber Manusia meningkatkan peruntukan bagi menjayakan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) sebanyak RM3.2 juta kepada RM5.8 juta tahun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, perbezaan berbanding peruntukan tahun lalu sebanyak RM2.6 juta tahun lalu bertujuan untuk memperkasakan pengurusan.

Katanya, perkara itu selaras dengan pendirian kementeriannya agak menjadi peneraju kepada ekonomi negara seiring memenuhi keperluan kesatuan sekerja.

“Had maksimum permohonan geran untuk kesatuan sekerja juga dinaikkan daripada RM10,000 tahun lalu kepada RM20,000 bagi tujuan memperkasa pengurusan.

“Pemberian geran PHEKS adalah tertakluk pada syarat yang ditetapkan.

“Dua Jawatankuasa ditubuhkan bagi tujuan penilaian permohonan, iaitu Jawatankuasa Teknikal PHEKS dan Jawatankuasa Panel Penilai/Pelulus PHEKS,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, Jabatan Hal Ehwal Persatuan Sekerja (JHEKS) bertujuan untuk mempromosikan geran dan program di bawah PHEKS kepaa semua kesatuan sekerja melalui Pejabat Negeri JHEKS.

“Sesi taklimat secara bersemuka serta pengikhlanan di laman sesawang, jheks.mohr.gov.my.

“Justeru, semua kesatuan sekerja disaran untuk menyertai inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat