Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan penyelarasan bayaran pencen secara berfasa yang sudah pun bermula secara berfasa pada 1 Disember 2024 sehingga 1 Januari 2026.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah pencen akan diselaras berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing.
Jelasnya, penyelarasan pencen kepada pesara dan penerima pencen terbitan adalah berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam yang sememangnya selaras dengan seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238].

“Sebagai komitmen bagi menjaga kebajikan pesara dan penerima pencen terbitan, Kerajaan melalui keputusan Jemaah Menteri pada 20 Disember 2024 telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi mana-mana pesara.
“Penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP di yakini dapat menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup masa kini,” jelasnya.
Bagi mengelakkan kendirian yang lebih adil, Kerajaan Persekutuan turut memastikan adanya peningkatan perbelanjaan bagi semua negeri Di bawah pentadbiran pembangkang seperti pemberian negeri oleh pihak kerajaan dan Peruntukan Perbelanjaan (DE).
“Sepertimana pemberian negeri bagi tahun 2024 dan 2025 yang mencatatkan jumlah yang signifikan untuk empat negeri utama.
“Untuk Perlis, peruntukan pada 2024 adalah sebanyak RM210.62 juta, manakala bagi 2025 meningkat kepada RM215.97 juta.
“Kedah pula menerima RM523.86 juta pada 2024 dan RM532.07 juta pada 2025, sementara Kelantan mendapat RM380.26 juta pada 2024, yang dijangka meningkat kepada RM429.05 juta pada tahun berikutnya.
“Terengganu turut menerima peruntukan yang lebih besar, dengan jumlah RM431.78 juta pada 2024 dan RM450.12 juta pada 2025,” jelasnya.
Beliau mengakui bahawa, tindakan ini adalah sebagai bukti keprihatinan Kerajaan MADANI selaras dengan konsep Ihsan.
Baca juga: