Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia

Malang tidak berbau. Begitulah gambaran nasib silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, yang meninggal dunia usai menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Heoght, Seremban pada Sabtu. 

Allahyarham dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan lapor Berita Harian. 

Susulan insiden itu, Allahyarham segera dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) sebelum disahkan meninggal dunia pukul 1.20 pagi. 

Allahyarham sedang bertanding pada peringkat suku akhir bagi kategori Kelas I Putera menentang seorang peserta dari Johor dalam kejohanan itu kira-kira pukul 2.30 petang, Sabtu. 

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat