Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival seni dan kraf tangan Malaysia di Pesta Seni Kita yang diadakan di MGB @ Lalaport, Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Disember ini bermula 11 pagi hingga 7 malam.
Pelbagai aktiviti kesenian yang menarik akan diadakan, termasuk pertunjukan tarian tradisional, demonstrasi lukisan batik dan labu sayong dan persembahan dari penggiat seni tempatan.
Dianggarkan lebih 20 peniaga terlibat dalam memasarkan produk hasil kraf tangan, jualan dan pameran antaranya Dodol CIk Ani, Tanjak Abata dan Rustique Store.
Anjuran pesta ini bertujuan untuk memupuk semangat seni dan cinta akan kraf tangan dalam rakyat Malaysia.
Sejajar dengan misi Yayasan Seri Negara Malaysia (YSNM) yang menjadikan aktiviti itu sebagai platform yang komprehensif dalam memartabatkan warisan dan khazanah negara pada peringkat tempatan.
YSNM juga memberi fokus kepada lima elemen utama iaitu Seni, Budaya, Wanita dan Belia, Khazanah Alam, Warisan Bangsa dan Adab Ketimuran untuk meneruskan usaha mengekalkan kebudayaan generasi masa kini dan akan datang.
Untuk info, selain mendapat sokongan daripada YSNM, Pesta Seni Kita turut disokong oleh Tourism Malaysia.
Baca juga: