Oleh: Hanim Nadia
PENGENDALI baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski akhirnya tiba di Malaysia.
Perkara itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila menyambut Cklamovski di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu.
“Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Peter Cklamovski selamat tiba di KLIA, Sepang dari Sydney, Australia, petang tadi untuk memulakan tugas membimbing skuad Harimau Malaya,” kata FAM di laman Facebook.
Pada 16 Disember lalu, teka-teki ketua jurulatih baharu Harimau Malaya terjawa apabila FAM mengumumkan Cklamovski sebagai pengendali baharu manakala Nafuzi Zain diberi tanggungjawab mengendali pasukan bawah 23 (B-23) tahun negara.
FAM berkata, pelantikan bekas jurulatih FC Tokyo itu amat penting dalam usaha mempersiapkan pasukan kebangsaan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia 2027.
“Misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan F bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
“Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia,” ujar FAM.
Ujian sulung beliau dan Harimau Malaya adalah aksi menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac 2025.
Baca juga:








