Oleh: Kamilia Ali
PUTRAJAYA: Garis panduan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) akan berkuat kuasa hari ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yakin pelaksanaan CRESS akan menjadi pemangkin pembangunan serta aspirasi peralihan tenaga sektor bekalan elektrik.
“… terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) daripada 26 peratus bersamaa dengan 10.6 gaul (GW) kepada 40 peratus menjelang tahun 2035 dan 70 peratus pada tahun 2050.
“CRESS menyediakan pilihan tersebut bagi membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen environmental, social and governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep akses pihak ketiga.
“Insiatif ini juga akan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik selain mengurangkan kebergantungan sistem bekalan elektrik negara kepada sumber bahan api fosil,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Justeru, Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan khusus sebagai panduan regulatori kepada pihak industri dan berkepentingan yang berhasrat menyertai program CRESS dan mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun dokumen ini menerusi laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my,” katanya.








