PGA tumpas kegiatan seludup lebih 2,000 rokok

Oleh: Kamilia Ali

TUMPAT: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok yang dikesan di Jalan Tanjong Kuala dan Jalan Hulu Pasar, di sini, Kelantan dalam Operasi Taring Wawasan Kelantan.

Dalam satu kenyataan hari ini, rampasan tersebut dilakukan setelah pihak berkuasa mengesan sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina dan Toyota Avanza dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.30 malam hingga 1.15 pagi.

Katanya, dua kenderaan tersebut ditinggalkan di tepi jalan dan tidak berkunci.

“Hasil pemeriksaan mendapati anggaran lebih 2,000 karton rokok putih ditemui di dalam kenderaan tersebut.

“Rokok ini disyaki untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan bernilai RM510,000 termasuk nilai kenderaan,” jelasnya menerusi Facebook pada Isnin.

Susulan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 selain hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat