PH tak sertai himpunan solidariti Najib

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyertai himpunan solidariti untuk mendapatkan keadilan bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan kunjungan ke pusat penjaja Lestari Niaga Madani @ Wirawati, di Kampung Pandan dekat ibu negara pada Jumaat.

“Pakatan Harapan tidak terlibat,” kata Anwar yang juga Pengerusi PH itu secara ringkas kepada pemberita.

Najib

Himpunan solidariti itu dianjurkan oleh UMNO terhadap Najib selaku bekas presiden parti itu, manakala parti blok pembangkang, PAS dijangka akan turut serta dalam himpunan sama.

Isnin depan ditetapkan Mahkamah Rayuan berhubung pendengaran rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul difailkan oleh Najib untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum, yang dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat