Pihak berkuasa India rampas 2,477 penyu hidup, dipercayai dari Malaysia


Oleh: Haikal Tajuddin

TAMIL NADU: Sebanyak 2,447 anak penyu hidup dirampas daripada penumpang kapal terbang Batik Air di lapangan terbang Trichy, dekat sini pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya Pencegahan Kastam, Tiruchirappalli, CBIC, Kementerian Kewangan, Kerajaan India memaklumkan penumpang tersebut berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati 2,447 anak penyu hidup ditemukan di bagasi daftar masuk Batik Air dengan No. OD 221 pada 29.12.2024.

“Siasatan lanjut kini dilakukan,” kata kenyataan tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan, didapati kura-kura itu telah disembunyikan ke dalam kotak coklat sebelum diletak dalam bagasi.

Menerusi sosial media, warga maya mempersoalkan bagaimana pihak kastam Malaysia boleh membiarkan kejadian tersebut berlaku.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat