PKR Belum Terima Permohonan Rasmi Tengku Zafrul Sertai Parti – fuziah

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyertai parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung parti itu, Dr Fuziah Salleh, susulan kenyataan Tengku Zafrul di laman sosial peribadinya yang menyatakan hasrat untuk menyertai PKR selepas keluar daripada UMNO.

Menurut Dr Fuziah, semua permohonan keanggotaan parti perlu dilakukan secara dalam talian dan melalui proses biasa sebelum sebarang keputusan diterima.

“Setiap permohonan akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), dan akan dipertimbangkan dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat.

“KEADILAN mendoakan agar beliau selamat pergi dan kembali serta memperoleh haji yang mabrur,” tambahnya.

Tengku Zafrul sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO dan menyatakan kesediaan untuk memohon menyertai PKR, namun menegaskan beliau akan mengikuti semua prosedur seperti ahli biasa.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat