PKR lantik barisan Ketua, Timbalan Wanita negeri baharu

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan pelantikan jawatan Ketua dan Jawatan Timbalan Ketua Wanita setiap negeri bagi penggal 2025 hingga 2028.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, pelantikan tersebut dibuat hasil daripada proses rundingan serta penilaian menyeluruh yang mengambil kira faktor kepimpinan akar umbi, pengalaman, keupayaan menggerakkan jentera wanita secara berkesan serta keseimbangan representasi antara etnik.

“Langkah ini bertujuan memastikan suara dan aspirasi wanita Malaysia daripada pelbagai latar belakang dapat diangkat secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis.

Antara senarai pelantikan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri ialah, Negeri Perlis, Gan Ay Ling sebagai Ketua Wanita negeri, manakala Mariammah Sandamurthi memegang jawatan Timbalan Ketua.

Di Kedah pula, Marduwati Mazlan telah diberi mandat sebagai Ketua Wanita, dibantu oleh Kogila Puradan selaku Timbalan.

Sementara itu, Jayanti Kandayah mengetuai Wanita PKR di Pulau Pinang dengan Hamidah Sulaiman sebagai Timbalan Ketua.

Negeri Perak pula menyaksikan Zuraidah Zakaria dilantik sebagai Ketua Wanita, manakala Wasanthee Sinnasamy sebagai Timbalan Ketua.

Bagi Wilayah Persekutuan, Jamilah Awang diberikan kepercayaan untuk menerajui kepimpinan wanita negeri itu, dibantu oleh Zainab Nayan sebagai Timbalan Ketua.

Di Selangor, Salasiah Md Disa menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Wanita manakala Pua Pei Ling menyandang jawatan Timbalan Ketua.

Rosmawaty Muhamad Ros pula mengetuai Wanita PKR Negeri Sembilan, dibantu oleh Telagapathi A. Marimuthu.

Di Melaka, Mahani Masban telah dipilih sebagai Ketua Wanita negeri, manakala Elizah Asuan Kailani dilantik sebagai Timbalan Ketua.

Noor Fatimah Yusoff mengetuai Wanita PKR Johor bersama Loh Siew Wei sebagai Timbalan Ketua.

Untuk Kelantan, Mazalina Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Wanita dan Rozianti Md Deris sebagai Timbalan Ketua.

Bagi Terengganu, kepimpinan wanita diterajui oleh Armila Alias sebagai Ketua dan Mek Sulaini Puteh sebagai Timbalan.

Di Pahang pula, Sridayu Samsuri memegang jawatan Ketua Wanita, manakala Farahida Fauzi dilantik sebagai Timbalan Ketua.

Sarawak menyaksikan Victoria Musa mengetuai Wanita PKR negeri tersebut, dibantu oleh Hapsah Harun sebagai Timbalan Ketua.

Manakala di Sabah, Datin Rufinah Pengeran telah dipilih sebagai Ketua Wanita negeri dengan Noraini Abd Ghapur sebagai Timbalan.

Turut diumumkan ialah pelantikan tambahan bagi peringkat pusat, di mana Noraziah Mohd Razit dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Wanita PKR Pusat 1, dan Rodziah Binti Abul Khassim sebagai Timbalan Setiausaha Wanita PKR Pusat 2.

Manakala, buat jawatan Ketua Penerangan Wanita PKR pula disandang oleh Datuk Ginie Lim Siew Lin.

Kata Fadhlina juga, dengan pelantikan barisan kepimpinan baharu itu, pihaknya menyasarkan agar penyusunan organisasi dapat diperkukuh di setiap peringkat, sekali gus menjadikan sayap wanita penggerak utama perjuangan parti di seluruh negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat