PKR Tangguh Kongres Tahunan, Lantik Saifuddin Dan Zaliha Sebagai Naib Presiden Baharu

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menangguhkan Kongres Tahunannya yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Jun kepada 14 hingga 16 Ogos 2026, dengan lokasi kekal di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, keputusan itu dibuat selepas Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR mengadakan mesyuarat bulanan di Batu Pahat, Johor, hari ini.

Penangguhan tersebut, jelas kenyataan itu, bertujuan memberi ruang kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Biro Politik turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR.

Langkah itu, menurut Fahmi, diambil bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat.

Anda Mungkin Berminat