PKR Wilayah Persekutuan susun semula Majlis Pimpinan Negeri

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan penyusunan semula Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang diterajui pengerusinya, Datuk Azman Abidin pada 6 Jun 2024.

Menurut Azman Abidin, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan (MPN WP) telah diadakan pada 5 Jun 2024 dan telah menyusun semula serta mengesahkan pelantikan barisan MPN yang baharu.

“Mesyuarat ini turut menyentuh tentang persediaan awal PKR Wilayah Persekutuan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelantikan barisan MPN WP yang baharu:

Pengerusi: Datuk Azman Abidin
Naib Pengerusi: Lai Chen Heng, Dr Abdul Basir V.Kunhimohamed dan Datuk Afdlin Shauki Aksan
Setiausaha: Muhammad Fikri Khalid @ Abdul Aziz
Bendahari: Datuk Mak Foo Wei
Ketua Penerangan: Muhamad Abdullah Kamsani
Setiausaha Pengelola: Mohamad Mahathir Mohamed Younos
Pengarah Komunikasi: Mohd Zaki Haruddin
Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri: Mohd Razali Baharin
Pengarah Strategi: Khairul Anuar Othman
Ahli Majlis Pimpinan Negeri: Mundzir Zahir
Ahli Majlis Pimpinan Negeri: Muhamad Mustafa Ghazanfar
Ahli Majlis Pimpinan Negeri: Dr Ronald Pua Eng Teck
Ahli Majlis Pimpinan Negeri: Tai Chin Jack

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat