Platform media sosial terkenal pecat 700 pekerja melalui e-mel?


Oleh: Haikal Tajuddin

KECOH di media sosial apabila ramai individu berkongsi cerita bahawa mereka telah dibuang kerja oleh satu platform media sosial terkenal menerusi e-mel.

Lebih dahsyat, dimaklumkan jumlah pekerja yang dibuang ialah 700 orang.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @bebe_zon dalam aplikasi Threads, dikatakan tiada sebarang pampasan yang diterima malah akses kerja terus disekat serta merta selepas e-mel diterima.

Ujarnya, keputusan itu amat mengejutkan kerana status syarikat itu dilihat lebih stabil.

“Buat masa sekarang, masih tiada sebarang maklum balas berkenaan perkara itu dan sangat mengejutkan kerana status syarikat dilihat dalam keadaan yang stabil,” ujarnya.

Tambahnya, pekerja yang sedang bekerja di syarikat pada ketika itu juga turut diarahkan pulang.

Dalam pada itu, dia turut mengakui bahawa teknologi buatan (AI) sebagai punca utama yang mempengaruhi pemecatan itu berlaku.

Dikatakan syarikat gergasi yang berpusat di KL Sentral itu berperanan besar dalam menjaga jabatan keselamatan platform atau dikenali dengan posisi ‘Content Moderator’.

Anda Mungkin Berminat