Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Program Latihan Khidmat Negara Siri 2/2025 yang bermula 11 Mei ini sehingga 24 Jun akan diadakan di Kem Rejiman 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan Pahang.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mejangkakan seramai 550 orang pelatih bakal dipilih mengikuti PLKN siri kedua tahun ini.
“Sepanjang program tersebut pelatih akan diberikan pendedahan terhadap Latihan fizikal, mental dan sivik.
“Modul-modul latihan adalah berintegrasikan 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.
Dalam pada itu, modul Latihan Asas Ketenteraan para pelatih akan dilengkapkan dengan kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan.
Manakala buat modul Komponen Kenegaraan akan mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan.
Oleh itu, semakan pemilihan sudah boleh dimulakan dengan melayari laman sesawang rasmi https://jlkn.mod.gov.my/.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan PLKN 3.0 boleh diajukan ke JLKN di laman sesawang rasmi, talian unit pelatih 03-40133631 atau 03-40133618 serta e-mel [email protected].
Baca juga: