PLUS ramal 2 juta kenderaan sehari sempena Aidiladha

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari pada waktu puncak sempena Aidiladha minggu depan.

Kesesakan trafik dijangka memuncak pada 5, 6, 8 dan 9 Jun berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman menyambut perayaan itu.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses melalui aplikasi PLUS.

“Langkah ini penting untuk mengelakkan kesesakan di lokasi tumpuan dan memastikan pengguna menikmati perjalanan lebih selesa sepanjang musim perayaan,” kata PLUS dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, aplikasi MyPLUS-TTA membolehkan pengguna memilih waktu perjalanan paling sesuai di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) antara 5 hingga 10 Jun.

Bagi mengurangkan kesesakan, PLUS turut mengaktifkan lorong pintar (Smart Lane) di 30 lokasi sepanjang lebuh raya utama serta menambah 26 unit tandas kabin di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih.

“Kami komited memastikan aliran trafik lebih lancar dan kemudahan di lebuh raya sentiasa berada dalam keadaan terbaik, terutama pada waktu puncak,” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat