KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berhimpun di Dataran Merdeka pada Ahad ini sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.
Katanya, himpunan berkenaan bukan sahaja simbol kebersamaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan keadilan dan kemanusiaan, malah menjadi titik mula kepada gerakan delegasi aktivis yang dijadual berangkat membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini.
“Insya-Allah, Ahad ini kita akan berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti buat saudara kita di Palestin. Himpunan ini juga menjadi permulaan kepada misi delegasi aktivis yang bakal menyalurkan bantuan terus ke Gaza.
“Ayuh kita semarakkan panji-panji keadilan dan kemanusiaan melalui Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza. Semoga doa dan usaha ini menjadi kekuatan untuk saudara kita terus bangkit dalam perjuangan memerdekakan bumi Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.
Himpunan yang dijangka dihadiri ribuan peserta itu bakal disertai pimpinan negara, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil sebagai tanda sokongan padu kepada Palestin.
Baca juga: