PM Anwar segak lengkap berbaju Melayu berona biru

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Tepat jam 4 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat segak menjejak diri ke lobi perkarangan Dewan Rakyat dengan menyarungkan lengkap berbaju Melayu dan bersampin berwarna biru muda sambil membawa beg fail mengandungi teks ucapan pembentangan belanjawan 2026 untuk tahun ini.

Dalam pada itu, Anwar turut diiringi oleh Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Manakala, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail setia menanti Perdana Menteri di ruang lobi dengan penuh riang sambil mengibarkan kipas tradisionalnya yang tampak ayu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican turut dilihat mengiringi Perdana Menteri sehingga masuk ke Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat