PM Anwar tuntut kefahaman dan kebersamaan rakyat dukung usaha Kerajaan

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Seluruh penjawat awam dan badan kerajaan diseru untuk tidak alpa mahupun selesa dengan pencapaian yang ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan seluruh jentera mesti memperkukuh tekad, mempertingkat daya tahan, dan memastikan setiap lapisan, daripada penjawat awam, sektor swasta hingga ke rakyat keseluruhannya terus bergerak seiring serta cekal mendepani cabaran global, demi menjamin kemakmuran yang mampan untuk negara.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus bekerja keras demi memastikan kestabilan ekonomi terpelihara di saat berdepan krisis tenaga global.

Katanya lagi, usaha itu juga menuntut kefahaman dan kebersamaan seluruh rakyat dalam mendukung usaha itu.

“Tatkala dunia berdepan krisis tenaga global, Kerajaan akan terus bekerja keras memastikan kestabilan ekonomi kekal terpelihara, sambil menuntut kefahaman dan kebersamaan seluruh rakyat dalam mendukung usaha ini.

“Dalam semangat itu, marilah kita terus memupuk rasa syukur yang membina dan bergerak seiring demi ketahanan serta kemakmuran negara,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat