Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Tragedi yang menimpa Cebu dan sekitar daerah Filipina membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita buat Malaysia ke atas negara itu.
Menerusi satu kenyataan, Anwar merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati yang mendalam kepada seluruh rakyat Filipina khususnya kepada keluarga yang tersayang.
“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Kerajaan serta rakyat Filipina, khususnya kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Doa dan ingatan kami juga bersama mereka yang tercedera, kehilangan tempat tinggal serta semua yang terkesan akibat tragedi ini,” katanya pada Rabu.
Kata beliau, Malaysia kini berdiri teguh bersolidariti bersama Filipina serta akan melakukan apa yang termampu demi menyokong usaha bantuan dan pemulihan
“Malaysia berdoa agar kekuatan serta ketabahan rakyat Filipina dapat mengharungi detik-detik sukar ini,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan, angka korban gempa bumi kuat di tengah Filipina meningkat kepada sekurang-kurangnya 69 orang pada Rabu.
Menurut seorang pegawai bencana, terdapat puluhan mangsa yang cedera membanjiri hospital di pulau Cebu.
Baca juga: