PM arah laporan lengkap insiden kebakaran SM Sains Alam Shah siap segera

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengarahkan agar laporan siasatan lengkap insiden kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur disediakan segera.

Ia agar segala bentuk bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas melawat sekolah tersebut yang telah memusnahkan beberapa bahagian penting sekolah termasuk blok pentadbiran, bilik guru, makmal dan kemudahan lain.

“Melihat sendiri impak kemusnahan itu cukup menyentuh hati kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah, tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.

“Semoga seluruh warga sekolah, para pelajar, guru dan staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

“Insya-Allah, kita akan pastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita,” katanya lagi.

Awal pagi Selasa lalu, seramai 44 anggota bomba bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua buah Water Tanker, satu unit Arial Ladder Platform (ALP) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) berjaya memadamkan kebakaran sekolah itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat