PM bagi anggota Kastam bonus sempena hargai kecekapan dalam kutipan cukai negara

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilaporkan bakal menerima bonus sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan dan sumbangan pasukan terbabit dalam kutipan cukai.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu, kejayaan pasukan terbabit yang berjaya membanteras penyeludupan dadah sehingga mampu membuat rampasan besar.

“Kita dapat menyaksikan catatan membanggakan termasuk dalam usaha untuk membanteras penyeludupan dadah hingga mencapai rampasan yang sangat besar.

“Jadi, saya hargai dan menaruh keyakinan sebab itulah saya boleh beri jaminan bonus tahun kepada JKDM, akan lebih baik daripada sebelumnya,” katanya yang secara peribadi tidak mengambil gaji, manakala gaji menteri-menteri yang dipotong 20 peratus.

Perkara itu dinyatakan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucapan ketika Perasmian Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin mengatakan sasaran kutipan cukai tahun ini dianggarkan sebanyak RM56 bilion, sementara RM55.1 bilion pada tahun 2023.

“Ia juga melepasi sasaran RM53.5 bilion, dengan lebihan sebanyak RM1.6 bilion atau tiga peratus,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat