PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan keselamatan sukarelawan Malaysia yang menjadi tahanan Israel.
Perdana Menteri berkata demikian dalam usaha membawa pulang delegasi misi Global Sumud Flotilla (GSF).
“Pagi ini saya telah berhubung dengan saudara Sani Araby, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia.
“Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya.
“Saya memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengesahkan peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel telah mula tiba di pelabuhan Ashdod, Israel pada Khamis.
Baca juga: