PETALING JAYA: Malaysia terus memperkukuh peranan selaku Pengerusi ASEAN apabila berjaya menjadi pemudah cara kepada gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang bermula hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, ia adalah hasil kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan langkah damai dalam memelihara kestabilan serantau melalui pendekatan diplomasi selaras dengan prinsip Piagam ASEAN.
“Keamanan bukan sekadar aspirasi, tetapi keperluan mutlak untuk kestabilan dan kemakmuran serantau. Kepimpinan Perdana Menteri dalam isu ini membuktikan Malaysia bukan sekadar fasilitator, tetapi pemimpin yang dihormati di rantau ini,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, gencatan senjata ini menjadi bukti bahawa ASEAN kekal relevan sebagai platform damai, dan Malaysia kini tampil sebagai contoh kepimpinan diplomasi yang matang, berani dan berkesan.
Konflik sempadan Thailand-Kemboja yang berlaku baru-baru ini mencetus kebimbangan serantau, namun berjaya diselesaikan melalui rundingan damai penglibatan Malaysia, sekali gus mengukuhkan peranan negara di peringkat antarabangsa.
Baca juga: