GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Undang-Undang daripada Shenandoah University, Virginia, Amerika Syarikat.
Penganugerahan itu disampaikan Presiden Universiti Shenandoah, Dr Tracy Fitzsimmons dalam satu majlis yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pagi tadi.
Dalam kenyataan sama, Anwar turut berkongsi usaha dan pendekatan Kerajaan MADANI dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa termasuk isu-isu antarabangsa yang memberi kesan kepada Malaysia, dalam siri jelajah Temu Anwar di UIAM pagi tadi.
“Pagi tadi kembali ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak bagi mengimbau kenangan sewaktu mengemudi institusi ini selain meneruskan siri jelajah Temu Anwar.
“Saya juga berkesempatan menjawab soalan yang diajukan terkait pembangunan mahasiswa, peluang pekerjaan serta soal reformasi yang telah dan sedang dibuat Kerajaan MADANI.
“Dalam majlis sama, saya turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai USD300,000 kepada Tabung Pelajar Antarabangsa AbuSulayman (AISF) UIAM.
“Insya-Allah, tabung ini dapat terus membantu para pelajar antarabangsa yang memerlukan bantuan sepanjang pengajian di Universiti ini,” katanya.
Baca juga: