Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kedatangan tahun 2024 dapat memberikan memberikan lebih kebaikan dan positif kepada rakyat.
Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan akan sentiasa menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
Sebagai Menteri Kewangan juga, Anwar berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ini agar beban rakyat dapat dikurangkan.
Anwar turut menggesa Jemaah Menteri bersama penjawat awam dan swasta untuk meningkatkan usaha dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat di rantau ini.
“Kita melabukan tirai tahun 2023 dengan memberi rumusan bahawa kedudukan prestasi pertumbuhan ekonomi kekal kepada empat peratus.
“Ini antara indicator yang terbaik untuk mengekalkan ekonomi yang mampan, namun dengan hanya mempunyai data sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.
Tambahnya, tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi perlu dilakukan dengan membetulkan segala pengelolaan dalam bidang ini dengan sepatutnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan-badan kerajaan lain yang berjaya melaksanakan tugasan dengan efektif.
Anwar turut menyatakan kaedah perkhidmatan yang lama tidak lagi boleh diguna pakai untuk menambahkan pertumbuhan ekonomi maka penambahbaikan perlu dilakukan terhadapnya.
Antara perkhidmatan yang dimaksudkan termasuk kaedah proses kelulusan setiap jabatan yang memakan masa yang agak lama.
Cara tersebut dapat dielakkan maka, ekonomi boleh dipacu dengan baik dan Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang berdaya saing dengan negara maju lain.
Baca juga:








