Daya saing ekonomi Bumiputera meningkat dengan KEB 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan perbincangan kritis mampu mendorong kepada hala tuju baharu terhadap inisiatif memperkasa dan mereformasi agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar turut meluangkan masa untuk meninjau reruai sempena KEB 2024 dan mengagumi kegigihan beberapa usahawan Bumiputera ketika beramah mesra bersama mereka.

“Saya kagum melihat usaha para usahawan yang ternyata gigih dan kreatif dalam membangunkan produk masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Untuk info, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menganjurkan KEB 2024 diadakan bermula Khamis hingga Sabtu yang bertempat di PICC.

Ia diadakan untuk menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat