PM Hargai Kad Raya Kreatif Pelajar, Guru

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan penghargaan atas coretan kreatif yang dikirimkan oleh para pelajar dan guru sempena Aidilfitri tahun ini kepada beliau.

Perdana Menteri menyatakan kegembiraan beliau menerima kad raya yang dihasilkan dengan penuh kreativiti, turut menceriakan sambutan Aidilfitri bersama keluarganya.

“Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini.

“Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini.

“Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, Insya-Allah,” kata Anwar dalam satu hantaran video di Facebook pada Sabtu.

Dalam video tersebut, Anwar turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan membalas semua kiriman yang diterima.

“Maaf saya tak dapat balas semua kiriman. Tapi saya amat hargai usaha dan budi baik anak-anak semua. Siap ada yang pesan pula, sila balas, jangan tak balas.

“Doa saya sentiasa mengiringi kalian. Semoga semuanya diberi keafiatan dan kesejahteraan, insyaAllah. Salam Aidilfitri,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat